Assalamualaikum..!OK...Entry nie cira copy dari blog cik epal..Best woo cerita die..Berdegup-degup jantung bace nie hah..Kalau korang memang tengah free meh la bace sekali nie..Cerita die agak panjang lah..
_________________________________________________________________
9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.
Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!
Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.
Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.
Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310
_________________________________________________________________
Nak tau tak kenape cira nak sangat share ngan korang cerita nie?Sebenarnye lebih kurang 20 tahun dulu abah study kat UITM dan die pun sewa rumah nie jugakk!!!
Tak tau lah kalau rumah yang lain ke..Tapi memang kat Seksyen 2 banglo..Kire rumah duduk ramai-ramai jugak lah..Umi yang bagi tau nie..Abah mane nak cite hantu-hantu kat anak die...Dapat ceramah motivasi adelah..Tak habis-habis suruh cira masuk MASKOM..HUhu..
Menurut umi lah..Abah bagi tau die yang rumah nie memang berhantu pun.Tapi tak de lah sampai tahap cerita kat atas nie hah....Tragis gile doh..Abah kate sape-sape yang duduk rumah tu..
Mase malam tidur atas katil bile bangun tengok-tengok kat tangga..Tu yang abah alami lah..Orang lain punye cerita die tak cite pun..Die kate hari tu jugak die pindah rumah..Isy isy...
p/s = sebenarnye cira nak buat entry pasal ape yang cira buat cuti-cuti cinta nie..Tapi comp nie tak boleh masuk USB lah pulak..Nak kene taruk gambar sekalu..Baru lah dramatik sikit..Bile la boleh nie..Huhu
28 February 2011
26 February 2011
Ingatkan arnab..
Assalamualaikum..Waahh..Lame gyle tak update blog..Bkn bru semalam ke?Hmm..Tak pe tak pe..
0k..Pagi tadi pergi kedai haiwan kat Shah Alam aw..Nak tanye toke kedai haiwan tu anak-anak kucing yang cira bela sekarang nie kalau jual berapa..Sedih woo kene jual anak-anak kucing nie...Mase dalam kerete pun ade sekor nie bising-bising..Bila cira taruk atas paha cira je terus tidur..Sayu pulak tengok..Huhu..Bulan depan nak kene jual dah..Kejap je mase berlalu..
OK..Mase tengah belek-belek barang kat kedai haiwan tu kan cira ternampak le sekor binatang nie..Rupa macam arnab..Tapi mata tak merah..Badan pun kecik sikit dari arnab..Telinga pun pendek dari arnab..Ekor macam tupai la pulak..
Dah tu cira tengok lah ape die tulis an pasal binatang pelik nie..Nie yang dia tulis..
AMERIKA SELATAN
TIKUS
10-15 TAHUN
Cira pun dah macam eeww..Tikus kauu..Tak suke..Yeekk..(Berdosa kita menghina haiwan yee..Isyy3.)
Lepas tu abah pun cakap.."Ohhh..Nie la chinchilla tu..Kat tempat keje abah semua nak bele binatang nie..Dah macam trend dah"
Nak tengok rupe die?Nie hah..!
LIKE la kalau suke
0k..Pagi tadi pergi kedai haiwan kat Shah Alam aw..Nak tanye toke kedai haiwan tu anak-anak kucing yang cira bela sekarang nie kalau jual berapa..Sedih woo kene jual anak-anak kucing nie...Mase dalam kerete pun ade sekor nie bising-bising..Bila cira taruk atas paha cira je terus tidur..Sayu pulak tengok..Huhu..Bulan depan nak kene jual dah..Kejap je mase berlalu..
OK..Mase tengah belek-belek barang kat kedai haiwan tu kan cira ternampak le sekor binatang nie..Rupa macam arnab..Tapi mata tak merah..Badan pun kecik sikit dari arnab..Telinga pun pendek dari arnab..Ekor macam tupai la pulak..
Dah tu cira tengok lah ape die tulis an pasal binatang pelik nie..Nie yang dia tulis..
AMERIKA SELATAN
TIKUS
10-15 TAHUN
Cira pun dah macam eeww..Tikus kauu..Tak suke..Yeekk..(Berdosa kita menghina haiwan yee..Isyy3.)
Lepas tu abah pun cakap.."Ohhh..Nie la chinchilla tu..Kat tempat keje abah semua nak bele binatang nie..Dah macam trend dah"
Nak tengok rupe die?Nie hah..!
Chinchillla yang cira jumpa tu macam nie la rupenye..
Yang nie kiut kan?
Bile abah dah kate macam TREND orang bele binatang nie baru la cira kate.."Eee..kiutnyee..Tengok tangan die..Kecik sangat..Besar jari kelingking je.."Siap nak pegang-pegang lagi..Tapi takut..Takut kene gigit..Warggh!Gigi die kuning bai!Hehe..
Harga pun boleh tahan..RM1k bai!Dah sama value dengan kucing rupenye binatang nie..Baik beli sugar glider..Baru RM100...Tu pun kalau berani pegang laa..
Ok lah..Nampak nye kilat dah sambar menyambar..Assalamualaikumm.!
LIKE la kalau suke
24 February 2011
Sengal Zone : Entri Terbaik Saya !
Akhirnyee.!Dapat pun join contest kat BLOG Sengalman nie...Yeah!Ye lah asal nak jaoin je TIME'S UP!Geram tak geram lah..Dengan kesempatan yang ade Cira nak bagi tau dulu..SAYA SUKA GILA BLOG SENGALMAN..hehe..Hari-hari usha woo..OK2..Nak join contest nie..
Bagi Cira dalam banyak-banyak entry yang cira bwat ade satu entry yang cira rase terbaik..Hiyapp!Nie diaa!
p/s - First tyme join contest nie..
23 February 2011
PLKN pulaakk!
Assalamualaikum..Betul ke nie SPM keluar isnin nie??Isyy..Dah lah tak larat nak fikir dah..Tapi ade lagi nie yang mentention kan otak betullah..PLKN!!
Waduh waduh..Blog nie da jadi macam blog merungut la pulak..Tak pe..Harap-harap sementare je kemengurutan ini..Ye lah duduk rumah mane ade story..Takat usha-usha internet punye story hade lahh..
Kembali kepada topik PLKN..ok..Cira tak dapat kumpulan pertama ow..So nak buat ape-ape semua sekat dengan PLKN..Macam nak masuk kolej,nak kerje,nak bukak kedai sendiri(Banyak duit!)
Tadi cira pun bukak la http://www.khidmatnegara.gov.my/ saje nak usha mane tau kumpulan kedua dah keluar kan..Tapi macam tak je..Sekarang nie da macam tak kisah sangat pun..Sebab kawan-kawan semua cerita best-best la kat sane..Harap best la kan..
Kepada yang dapat PLKN tapi bukan kumpulan pertama..Meh cira tunjuk tarikh-tarikh kumpulan kedua & ketiga..Dup dup dup dup
KUMPULAN KEDUA -1 MEI 2011 sampai 16 JULAI 2011
KUMPULAN KETIGA - 10 SEPTEMBER 2011 sampai 2 DECEMBER 2011
Harap-harap cira dapat KUMPULAN KEDUA kat SEPANG..Dekat dengan rumah..HEEE..
Jom usha gambar-gambar best kat sane(nak sedapkan hati nie)
p/s - Hari tu kan Heliza kan datang kem PLKN daerah mane lah kat NEGERI SEMBILAN..Untung tuuuu dapat PLKN!Nanti Cira dapat PLKN mesti Kamal Adli datang woohh!!
LIKE la kalau suke
Waduh waduh..Blog nie da jadi macam blog merungut la pulak..Tak pe..Harap-harap sementare je kemengurutan ini..Ye lah duduk rumah mane ade story..Takat usha-usha internet punye story hade lahh..
Kembali kepada topik PLKN..ok..Cira tak dapat kumpulan pertama ow..So nak buat ape-ape semua sekat dengan PLKN..Macam nak masuk kolej,nak kerje,nak bukak kedai sendiri(Banyak duit!)
Tadi cira pun bukak la http://www.khidmatnegara.gov.my/ saje nak usha mane tau kumpulan kedua dah keluar kan..Tapi macam tak je..Sekarang nie da macam tak kisah sangat pun..Sebab kawan-kawan semua cerita best-best la kat sane..Harap best la kan..
Kepada yang dapat PLKN tapi bukan kumpulan pertama..Meh cira tunjuk tarikh-tarikh kumpulan kedua & ketiga..Dup dup dup dup
KUMPULAN KEDUA -1 MEI 2011 sampai 16 JULAI 2011
KUMPULAN KETIGA - 10 SEPTEMBER 2011 sampai 2 DECEMBER 2011
Harap-harap cira dapat KUMPULAN KEDUA kat SEPANG..Dekat dengan rumah..HEEE..
Jom usha gambar-gambar best kat sane(nak sedapkan hati nie)
Fuyoo!Dapat masuk hutan!
Fuyoo!Dapat pegang senapang..Main tembak lagi tuuu..
Fuyoo!Dapat jumpe PM..Ehh,,Adik ni salah kem ke?Hehe
p/s - Hari tu kan Heliza kan datang kem PLKN daerah mane lah kat NEGERI SEMBILAN..Untung tuuuu dapat PLKN!Nanti Cira dapat PLKN mesti Kamal Adli datang woohh!!
LIKE la kalau suke
22 February 2011
spm lagi
Hah!!Confirm..!SPM keluar isnin nie...Tidakkk!!
Peah bagi idea best ow..Die kate,,3 hari sebelum SPM semua standby off hp..Haha!Macam tau-tau je tu yang cira fikir..
Bagus jugak idea tu..Thanks peah..Nak tengok blog die? Meh klik sini
Peah bagi idea best ow..Die kate,,3 hari sebelum SPM semua standby off hp..Haha!Macam tau-tau je tu yang cira fikir..
Bagus jugak idea tu..Thanks peah..Nak tengok blog die? Meh klik sini
TAKUT!!!!
21 February 2011
Keputusan STPM menurun??Jeng jeng jengg..
Perhatian-Kalau korang tak nak buang mase baik tak payah bace..Nie macam luahan perasaan seorang penunggu keputusan SPM..Harap maklum..=(
Tadi tengok berita kat TV3 kate keputusan STPM menurun..Tibe-tibe cira jadi sebak dohh!Risau gile SPM macam mane?Tak tau dah macam mane nak tenangkan diri yang langsung tak tenang nie..Bile orang sebut pasal SPM je nak terkeluar air mate nie hah..
Ape tah yang cira dapat dengan hasil belajar selama 11 tahun dulu..Takut weehh..SPM la yang tentukan mane cira pergi..Cira tak kisah lah pasal orang lain..Anak mak Limah dapat 9A+?Anak Pak Cik Ahmad dapat 100A+ sekali pun cira da tak amik peduli..Even classmates cira semua pun lantak korang lah dapat berape..Yang cira tau dapat result terus balik!
Nie pun tengah tahan sebak lah nie..Jap lagi mengalir lah air terjun mate nie..Solat isyak pun belum lagi..Lepas taip entry nie berlari lah solat..
Hari tu cira mengadu lah kat umi cira tak tau lah macam mane result cira..Tiap-tiap malam mimpi nak amik result..umi pun kate "Tak pe lah kak.Umi tak kisah pun kakak dapat berape..Yang umi tau umi nampak kakak memang bersungguh tahun lepas..Biar lah Pak Cu ke Mak Teh ke Pak Long ke nak kate ape..Mase tengah holiday-holiday kat Cameron dengan Melaka dulu pun kakak siap belajar Add Math lagi..Kakak terime je la dapat berape pun..Tu rezeki kakak"(ok ade sikit ubah..Tapi macam nie la lebih kurang umi cakapnye)Mase tu pun tak tahan jugak nak nangis..Tapi sekarang betul-betul tak boleh tahan..Arrggh!Tidak!!
Ok lah..Sebelum orang lain nampak air mata yang deras mengalir bagai air terjun lepas hujan lebat..Baru la lege dapat luahkan semua nie..Assalamualaikum..
Tadi tengok berita kat TV3 kate keputusan STPM menurun..Tibe-tibe cira jadi sebak dohh!Risau gile SPM macam mane?Tak tau dah macam mane nak tenangkan diri yang langsung tak tenang nie..Bile orang sebut pasal SPM je nak terkeluar air mate nie hah..
Ape tah yang cira dapat dengan hasil belajar selama 11 tahun dulu..Takut weehh..SPM la yang tentukan mane cira pergi..Cira tak kisah lah pasal orang lain..Anak mak Limah dapat 9A+?Anak Pak Cik Ahmad dapat 100A+ sekali pun cira da tak amik peduli..Even classmates cira semua pun lantak korang lah dapat berape..Yang cira tau dapat result terus balik!
Nie pun tengah tahan sebak lah nie..Jap lagi mengalir lah air terjun mate nie..Solat isyak pun belum lagi..Lepas taip entry nie berlari lah solat..
Hari tu cira mengadu lah kat umi cira tak tau lah macam mane result cira..Tiap-tiap malam mimpi nak amik result..umi pun kate "Tak pe lah kak.Umi tak kisah pun kakak dapat berape..Yang umi tau umi nampak kakak memang bersungguh tahun lepas..Biar lah Pak Cu ke Mak Teh ke Pak Long ke nak kate ape..Mase tengah holiday-holiday kat Cameron dengan Melaka dulu pun kakak siap belajar Add Math lagi..Kakak terime je la dapat berape pun..Tu rezeki kakak"(ok ade sikit ubah..Tapi macam nie la lebih kurang umi cakapnye)Mase tu pun tak tahan jugak nak nangis..Tapi sekarang betul-betul tak boleh tahan..Arrggh!Tidak!!
Ok lah..Sebelum orang lain nampak air mata yang deras mengalir bagai air terjun lepas hujan lebat..Baru la lege dapat luahkan semua nie..Assalamualaikum..
Hormat lah sikit orang tuaa!!
Assalamualaikum..Korang pernah pergi bank tak?Mesti lah pernah kan?Paling teruk pun pernah la jugak kecik-kecik duluuu..Lepas raye mesti mak taruk duit dalam bank kan?hehe
Well!Tadi cira teman umi pergi satu bank nie..Alaa..Yang Bank yang depan IOI tuuu..Kesian la pulak nak bagi umi pergi sorang-sorang..Mane la tau ade bende buruk berlaku ke...Eyy..Tak nak lah fikir..
0k..Cira betul-betul tak puas hati dengan pekerje-pekerja kat bank tu..Mungkin lah ade pekerje yang ok..Ramah mesre gitu.Tapi yang cira nampak tadi memang menyakitkan hati dan mata betullah!!
INSIDEN PERTAMA
Ada lah sorang pekerje tu kan..Pakai baju mak aaiihh!!Ketat nyahhh!.Harap je pakai tudung weh..Cira tak pernah nampak orang pakai baju kurung seketat tu..Orang yang pakai baju kebaya lagi longgar kot..Ye lah..Cira pun pakaian tak de la sempurne mane..Tape tak de lah tahap ketat macam bungkus cempedak tu..
INSIDEN KEDUA(WAJIB BACA!)
Ade ke sorang pekerje nie pergi tengking 3 orang india nie wehh..Dah la macam umur 70 60 lebih..Cira tak tau la ape yang pekerje tu nak marah sangat..Yang cira dengar die tengking-tengking die tak dapat bace tulisan dalam borang nie..BUTE HURUF KE KAK??!!Lepas tu die jerit kat india tu ''FAHAM TAKK??''satu bank tu dok pandang die lah
Ya Allah..Tak sopan langsung wehh..Muke je lawa..Perangai macam singe kebulur kambing!Ngok ngek betul!Rase macam nak jerit je kat pekerje tu balik 'AKAK TAK RETI NAK HORMAT ORANG TUE KE?TAK PERNAH BLAJA PENDIDIKAN ISLAM KE MASE SKOLA MENENGAH DULU??'Soryy.Teremosi sudaahh
Kebetulan cira duduk betul-betul sebelah meje nak isi borang tu..India tu mintak tolong la cira isikan borang die..Cira dah memang kesian gile kat mak cik tu..So tolong je la isi..
Teringat lagi alamat rumah die..JALAN BK,BANDAR KINRARA..mane tu??
p/s = Teringin nak meniaga lah pulak..Tengah survey pin tudung comel-comel nie..Boleh jual part-tyme kat kawan-kawan..
kiut kan?harga pun murah..
Well!Tadi cira teman umi pergi satu bank nie..Alaa..Yang Bank yang depan IOI tuuu..Kesian la pulak nak bagi umi pergi sorang-sorang..Mane la tau ade bende buruk berlaku ke...Eyy..Tak nak lah fikir..
0k..Cira betul-betul tak puas hati dengan pekerje-pekerja kat bank tu..Mungkin lah ade pekerje yang ok..Ramah mesre gitu.Tapi yang cira nampak tadi memang menyakitkan hati dan mata betullah!!
INSIDEN PERTAMA
Ada lah sorang pekerje tu kan..Pakai baju mak aaiihh!!Ketat nyahhh!.Harap je pakai tudung weh..Cira tak pernah nampak orang pakai baju kurung seketat tu..Orang yang pakai baju kebaya lagi longgar kot..Ye lah..Cira pun pakaian tak de la sempurne mane..Tape tak de lah tahap ketat macam bungkus cempedak tu..
INSIDEN KEDUA(WAJIB BACA!)
Ade ke sorang pekerje nie pergi tengking 3 orang india nie wehh..Dah la macam umur 70 60 lebih..Cira tak tau la ape yang pekerje tu nak marah sangat..Yang cira dengar die tengking-tengking die tak dapat bace tulisan dalam borang nie..BUTE HURUF KE KAK??!!Lepas tu die jerit kat india tu ''FAHAM TAKK??''satu bank tu dok pandang die lah
Ya Allah..Tak sopan langsung wehh..Muke je lawa..Perangai macam singe kebulur kambing!Ngok ngek betul!Rase macam nak jerit je kat pekerje tu balik 'AKAK TAK RETI NAK HORMAT ORANG TUE KE?TAK PERNAH BLAJA PENDIDIKAN ISLAM KE MASE SKOLA MENENGAH DULU??'Soryy.Teremosi sudaahh
Singa pun pandai buat muka comel
Kebetulan cira duduk betul-betul sebelah meje nak isi borang tu..India tu mintak tolong la cira isikan borang die..Cira dah memang kesian gile kat mak cik tu..So tolong je la isi..
Teringat lagi alamat rumah die..JALAN BK,BANDAR KINRARA..mane tu??
p/s = Teringin nak meniaga lah pulak..Tengah survey pin tudung comel-comel nie..Boleh jual part-tyme kat kawan-kawan..
kiut kan?harga pun murah..
20 February 2011
Betul ke couple haram?
Assalamualaikum..Entry hari nie memang agak lah panjang yeh..Nie pun cira copy paste je dari fb sape tah..Orang tu pun copy paste jugak..Rase macam nak cari je penulis yang boleh menulis sampai buat cira tersedar dari semua nie..Tak tau lah..Macam-macam cira fikir..Isyy..Korang bace je lah entry nie..Pasti kan korang betul-betul free baru la dapat hayati..ewaahh..
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah. asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~>Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM">Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya.
Percayalah, hidup dgn ikatan yg haram sedikit sebanyak akan merosak kan kita.
Ada saja perkara yg tak myenangkan.
kebahagiaan itu bukan datang dari kekasih kita, tapi
kebahagiaan itu datang dariNYA, jadi benarkanlah kehidupan kalian dgn cinta ISLAM dn cinta HALAL iaitu Perkahwinan pd suatu saat nt :) dn kepada remaja, berkawanlah dgn mgikut batasan tapi bukan bercinta.
belajarlah utk mdpt ilmu dn beribadah lah selaluuu :D
mungkin bercinta itu lumrah, tp ingat. jika kamu tahu couple itu dosa, dn kamu masih bt. igt lah dosa kamu itu lebih berganda. wallahualam.
ingat lah, kalau ada jodoh tak kan ke mana.
tugas kita, berdoa supaya mdapat jodoh yg baik dn mmpu membimbing kita.
Susah nye prngorbanan nie..Fuhhh...
Subscribe to:
Posts (Atom)