About Me

My photo
This time just be me

23 April 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum..Hari tu masa baru-baru cuti sem abah tanya tak nak pergi mana-mana ke cuti sem ni..Then cira macam tiba-tiba tengah rindu nak pergi Melaka..Tak tau la kenapa..Tapi macam nak sangat pergi Melaka..

So nak dipendekkan kisah semalam baru balik la dari Melaka ni bersama dengan family..Hihi..

Sampai-sampai Melaka je kiteorang naik bot duluuu..Ye ke bot..bukan sampan ke..Ke feri..Tak kisah lah..Asalkan pengangkutan air.

Ni sebelum naik bot tu..

Macam gambar Datin Sri Rosmah Mansor bagi ucapan plak..ahak!
Lawan gigi sapa lagi BESAR



Hotel ni macam sweet laa..Nak stay sini..


So setelah puas meronda-ronda di sekitar kawasan Melaka dengan menaiki bot. Cira dengan Mira pun menuju ke kapal apa ntah..Yang penting kapal tu BESAR PUNYA..Tapi bile kiteorang naik atas tu peehh..ramai gile budak-budak..So terpaksa la kiteorang ambik gambar kat bawah kapal je..Baru nak buat macam gaya Titanic dooo..

 Peh pipi..Memang terbaek lah


Kat sini je la boleh lepas.Huhuu

So lepas lepak-lepak kat kapal besaq ni kiteorang pun pergi mencari-cari hotel..Setelah puas mencari..Akhirnya kami jumpa juga..hoho
Lobi
Setelah puas berguling-guling berbaring baring dan berbagai lagi aksi dalam bilik hotel..Maka kiteorang mengambil keputusan nak pergi pantai!!Weee~~





Malam plak kiteorang tidur..Malam tu agak pelik..Agak..Tapi malas la nak cite..

Esok nye kiteorang nak balik dah..Kejap jee

Kedai ni jual barang lama..Macam muzium dah kedai pak cik ni..


Then kiteorang pergi makan cendol!Weee~~
 First time umi suruh kiteorang buat muka masam masa ambik gambar..Pelik..Tapi best!


Cira tak tahan tengok aiskrim..Si cira tak makan cendol walaupun kenyataan cendol dia lagi sedap dari ABC

Lepas tu kiteorang pergi tengok kapal selam..Kat situ tulis muzium kapal selam..Muzium mende!Tak boleh masuk pun..Dapat tengok kapal selam dari luar je..Dengan panas teriknyee..


Besar annn..

So last destinasi kiteorang adalah..


Nak kata sedap sangat biasa je..Nak kata murah sangat kat selangor lagi murah..Pelik..Ramai gile kot orang beratur..Kiteorang beli pun sebab kagum tengok orang beratur..

Tapi tak pe la dah rasa tak de la kempunan sangat kan..Hihi

p/s - kat fb dah ramai orang bukak topik pasal baju raya warna apa dah..Peh!Baju raya tak beli lagiii...Haduuuyy

18 April 2012

Tak penting dan tak berguna

"Pen merah, Pen biru"
You marah, I love you 

p/s - Tak tau nak buat ape..

Bedtime Story (Sila baca sebelum tidur ye anak-anak)

Assalamualaikum..Okay..Tak tau nak buat ape..So nak buat story lah..Dari tadi termenung tengok laptop..Macam tak bergune je..

=======================================================================
Kisah bermula di sebuah penempatan pedalaman yang terletak di Selangor..Tinggal lah seorang gadis yang comel, putih gebu, periang , yang penting beliau sangat kurus..T,T Saya selalu berharap saya akan menjadi seperti beliau suatu hari nanti..

Nak tengok ke muka dia..Okayyy..

Cantik kan? =)

Ni la kuda belaan beliau..Namanya Bebeh!

Beliau adalah junior di suatu sekolah berhampiran pedalaman di mana beliau tinggal...Beliau menjadi rebutan  ramai jejaka di sekolah tersebut..Hari-hari beliau menerima surat cinta, bunga-bunga segar, coklat, susu kotak berperisa coklat, donat coklat, dan yang paling mengejutkan beliau pernah menerima

Cincin emas, rantai emas, berlian, zulian, jade, kunci kereta Suzuki Swift, iPad, handphone semua model dia ada kot..

Cincin yang paling cantik sekali

Tiap-tiap minggu pulak mesti ade rombongan datang meminang..Tu belum kire peminat fanatik yang menyanyi depan rumah beliau dengan membawa musician yang diimport khas dari Mexico..
Ni la yang datang rumah Xlyra hari tu..

Oh lupe nak cakap..Name perempuan cantik ni Xlyra..Cantik kan nama beliau..

Xlyra tak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki kecuali keluarga dan classmate beliau..Bagi Xlyra, classmate beliau ibarat keluarga nya..Dia terlalu menyanyangi classmate nya...


Ni la keluarga Xlyra..Tapi Xlyra tak de mase ni sebab beliau terpaksa menyertai pertandingan ratu cantik muslimah di Rusia...

Pada suatu hari, sedang beliau sibuk membaca surat-surat cinta sambil menggulung-gulung rambut nya, sambil tersengeh-sengeh sorang-sorang, tiba-tiba beliau menerima satu mesej oleh seseorang di MySpace..Selama ni pun berlambak je orang hanta komen kat MySpace..

Tapi jejaka ini sangat berbeza..Setiap patah perkataan yang beliau ucapkan sungguh menggelikan hati Xlyra..Jejaka tersebut telah membuat Xlyra tertarik untuk membalas komennya..

Akhirnya mereka bertukar-tukar nombor..Jejaka tersebut adalah senior di sekolahnya dan 3 tahun tua dari Xlyra..

Xlyra berasa begitu gembira berbual dengan Jejaka tersebut yang turut dikenali sebaga Patrick..Walaupun mereka selalu berbual bergelak ketawa sehingga terguling-guling, namun tidak pernah sedikit pun persaaan cinta lahir antara mereka berdua..

Bagi Xlyra, Patrick adalah satu-satunya abang yang sangat memahami nya..Mereka berjanji tidak akan ada rahsia antara mereka,, Patrick berjanji tidak akan ada adik selain Xlyra, Xlyra pula berjanji tidak akan ada abang selain Patrick..


Masa berlalu terlalu pantas, sudah setahun mereka bersaudara..Namun dengan kehendakNya Xlyra telah mendapat tahu yang Patrick mempunyai seorang teman wanita dan telah 2 tahun mereka bersama..

Begitu tersentapnya Xlyra pada ketika itu...Patrick selalu berkata padanya yang Patrick memang tidak mempunyai mana-mana teman wanita..Janji telah pun dimungkiri..

Xlyra mengambil keputusan untuk jujur dengan teman wanita Patrick..Hatinya begitu sakit pada ketika itu..Teman wanita Patrick seorang yang sangat cantik, sangat baik, sangat jujur..

Malahan Xlyra terus memutuskan hubungannya dengan Patrick..Callnya tidak di angkat, mesejnya tidak dibalas,..Hati Xlyra sungguh terguris pada ketika itu...Cara mereka berhubung adalah melalui teman wanita Patrick..

Xlyra keliru..Kenape kene tipu..Xlyra langsung tak kisah kalau Patrick mengaku dari dulu yang beliau memiliki teman wanita..Perlu kah mempermainkan perasaan Xlyra sebegitu sekali..

=======================================================================
5 tahun telah pun berlalu..Sakit hati yang pernah Xlyra pendam dulu sudah lama dilupakannya..Biarlah kisah tersebut menjadi kenangan dan pengajaran untuknya...Lelaki tidak akan jujur walau sejujur mana pun dia..

Kini Xlyra sudah pun menyambung pelajarannya di sebuah universiti awam di Perlis..

Patrick pula sudah pun menamatkan pelajarannya di salah sebuah Universiti swasta di Cyberjaya..Malahan beliau sudah pun berkerja di sebuah syarikat korporat..

Teman wanita Patrick pula telah pun berkahwin dengan lelaki yang bersekolah dengannya dulu di Perak..Malahan mereka telah pun memiliki 2 cahaya mata yang sangat comel..Beliau baru saja menamatkan pengajiannya di UIA dan sedang berkerja di salah sebuah syarikat..

=======================================================================

Xlyra telah pun mempunyai seorang teman lelaki yang sangat baik, kacak, bergaya, bijak..Sesuai sangat dengan beliau..Yang penting beliau sangat gagah..
Omaygosh!Omaygosh!Omaygosh!

Hari-hari teman lelaki Xlyra akan dibelasah oleh beberapa lelaki yang cemburu kerana teman lelaki Xlyra telah pun mencuri hati Xlyra...Namun teman lelaki Xlyra sangat gagah dan perkasa..Hari-hari ambulan pasti akan datang dan membawa para peminat Xlyra yang cedera parah..Belum yang dah mati kene belasah..Awww..~~Sweetnyeee

Xlyra berharap teman lelaki nya tidak akan melakukan perkara yang sama telah Patrick lakukan kepadanya..Bukan kepada Xlyra sahaja..Malah kepada sesiapa sahaja...

-THE END-
=======================================================================

K lah..Tu je lah

p/s - Akhir kata, nobody perfect..Oh and jangan menipu..

17 April 2012

Malu-malu miaw

Assalamualaikum..Ok..I'm back bebeh!

Finally Cira dah habiskan semester 2 Cira as a Science Computer student kat UiTM Arau, Perlis..Macam tak caye lah pulak nak masuk part 3 dah..Boleh jumpe junior beb! Ahak ahak!

Satu sem ni macam-macam bende lah berlaku..MACAM-MACAM!

Ade yang best, ade yang biase je, ade yang MACAM HELL..Tapi takpe lah..Tak remaja la kan asyik gembira memanjang..Baaik jadi budak-budak masuk tadika balik..Budak tadika pun tak tentu gembira memanjang..

So hari ni Cira nak cerita la sepanjang Cira memprivate kan blog ni..Cira private kan bersebab sebenarnya..Cira tak nak la menghampakan my BFF a.k.a kakak tiri yang tengah sibuk stady for her final kat matrik negeri sembilan tu..Cik Nur Syahmi Bt Ismail..

Die pernah kata, asal die bukak blog cira je keluar tajuk sama..So untuk tak menghampakan die cira pun private la blog ni kejap..Tak update ape pun..=D (Sweet tak aku..hik hik hik!)

Sem ni Cira macam rajin sikit la stady dari sem 1 dulu..Menyesal gila kot masa part 1 dulu pemalas nak mampos..Rase macam tak layak je hidup kat dunia..Sebagai balasan Cira kene repeat subjek Math..Padan muka kau!

Tapi sekarang Alhamdulillah, Cira dapat catch up most of the subject..

And yang paling syok sekali cira dapat top 3 highest carry mark calculus beb!Memang tergedik-gedik melompat depan bilik lecturer calculus tu..Serious tak expect kot..Baru lah dapat merasa dapat lebih dari orang..Oh..Cira takkan lupakan Madam Huda sampai cira tua ok..Dia lah lecturer best ever..Kalah singa kot!

Tapi subjek lain biasa je..Tak lah lowest macam dulu..Lagi pun carry mark je pun..Tak tentu dapat A++++ pun..So Cira takkan berharap apa-apa..Tak gagal dah..

Masa cuti mid Sem Family Cira datang Perlis jemput Cira..Dapat la merasa makan ngan family kat Perlis..Rasa best sangat masa tu..Ye la..Selalu ngan kawan jee..

Then kiteorang bermalam kat Penang..Serious penang jam gileeee...Nak pergi mane-mane memang sanggup jalan kaki lah..Mungkin sebab penduduk die ramai and negeri pulak kecik..So memang macam terhimpit je rase kan..Kebetulan pulak mase tu malam krismas..So memang unexpected la kan..BTW penang best!

Dah sampai Puchong selang berapa hari lepas tu Cira ngan family ke Terengganu pulak..Mase tu ombak besar sangat..Sampai jalan kat tepi pantai runtuh beb!Ke rumah mak cik Cira and die memang duduk tepi pantai..Besti gile okaaayy..Risau pun ade ombak besar sangat..

  Jalan yang runtuh tuu..

Tak sanggup tengok muka dalam kamere sebab makin gemukkkk T.T tAK NAK GEMUK! Macam mak orang!!
Malam-malam kiteorang pergi taman permainan tengok Umi ngan adik kesayangannya bermain di taman permainan..Weird  gilaa..Anak ngan bapak tengok mak main kat playground ngan adik dia yang selang 2 tahun beza umur dia je..

Sebanarnye ombak besar kat Terengganu memang tiap-tiap tahun jadi..Akhir tahun je memang jadi..And ombak tu boleh jadi setinggi pokok kelapa kot...Wuuu~ Cira pernah tengok tau..

Then balik ke Puchong..Esok tu Cira terus balik ke Perlis pulak sebab cuti mid sem dah nak habis..Tapi sebelum sampai Perlis tu Cira and Amirul Hafiz singgah Alor Star dulu..Beli la sikit-sikit barang..Mase tu tengah akhir tahun memang sale merata la kan..

Oh..Kiteorang tengok wayang..Cerita SONGLAP..Boleh laaaaa..~~

Oh! Cira dapat join satu kem tau..Name kem tu Kem Fasilitator..Best gilaaaaaa~!

Tapi kalau nak tanye kem ni paling best..Sorry to say..Sebab kem ni kurang laaa..Sebab aktiviti tak banyak langsung..Free gile..Selalu kan kalau pergi kem tu 3 4 jam je boleh tidur..Ini, nak tidur sampai 10 jam pun tak pe lah..

Kem ni under PROSTAR and kiteorang bukan budak PROSTAR pun..Kebetulan ramai budak PROSTAR tarik diri last minute sebab ramai ade test time tu..Kiteorang plak memang tak de test..So, join je la kan..
 Daif gile kan rumah kiteorang..Tapi tak pe..Best gak Hihi..
 Cantik kan suasana kat sini waktu subuh..Sukaaa~ sejuk ja tau

 One happy family at hooommeee~~!!
 Mama yang memang hobi buat muka pelik..Comel kan..Hihi

 Ni la group saya! Group LIMAU..
 My beloved family.. =D

 Sorry malas nak rotate sebab malas..
Budak-budak gile yang gile..

Teringat masa nak kene perkenalkan diri..Peh..Malu gile kot..Merah menyala lah muka masa tu..Adakah Cira ade masalah gugup depan orang ramai?Actually saya ni pemalu taauuuu..Huhuuu

Dieorang suruh bagitau nama,course ape and ucapan..Kebanyakkan budak-budak PROSTAR ni dari course ladang..Mula-mula Cira kata Cira tak de ape nak diucapkan..then cira dipaksa jugak bagi ucapan and ucapan Cira adalah..

"Sebenarnya inilah pertama kali sepanjang saya duduk di UiTM saya bersama dengan budak ladang"

And ucapan Cira dapat tepukan yang sangat gemuruh la kan..Malu gile koootttt!Haih..Malu-malu..Dah la ade someone yang salah faham dengan ucapan cira and kata yang cira gembira dengan budak ladang..

APAKAH!

Ye la ye la..Saya gembira bersama dengan budak ladang. =.="

Oh!Cira ade satu secret nak bongkarkan ni..Takde la secret mane pun..Tapi secret jugak lah..

Masa tu aktiviti kat dahlia 2 and dahlia 1 dorang buat serentak tau..And kiteorang ni (Cira , Paie, MJ) macam agak disappointed la dengan aktiviti and para JPK kat Dahlia 2..Mungkin sebab Dahlia 2 tu kan ramai junior and Dahlia 1 banyak senior..

Senior mesti la tak perlu nak kumpul-kumpul sticker segala bagai ni kan..So, tak de la ramai sangat orang kar Dahlia 1..So kiteorang decide nak masuk aktiviti kat Dahlia 1..And serious rasa puas sangat dapat join aktiviti kat Dahlia 1..

Kiteorang dapat makanan banyak, air kotak banyak (akak JPK tu suruh bawak balik 1 paket yang ade 6 air kotak tu kot..Tapi kiteorang MALUUU) , dapat hamper yang besar, and dapat sticker kolej yang banyak..Kiteorang siap sedekah lagi kat kawan-kawan Dahlia 2..Banyak sangat kot cite die skang..

 Bersama MJ..!
 Oh ! Tidak! Penyamun masuk Dahlia 2!!
Nampak tak muka puas di situ..

Aktiviti yang kiteorang masuk tu cuma 3 group je yang masuk..So kalau dapat nombor last pun still dapat hamper..Hihii..

So kepada adik-adik yang terbaca blog akak ni..Kalau ade aktiviti datang la Dahlia 1..Gerenti PUAS! Tidur mesti dalam senyum punya lah!

Masa study week and final exam pulak Cira banyak spend time dengan Amirul..Ye la..Die tolong Cira..Cira tolong die..Terima kasih ye awak ajar kite subjek 159..Dapat la buat sikit..Thanks tauu..
 Pipi akuuuuu~~!!!!
 Mr. Mior Afiq
 Mr.Hakimi a.k.a "Hantu 9gag"
 Nama kucing tu cantik sebab muka die cantik sangat..Dia suka gigit...Tu lah mangsa gigitan cantik..Bukan berani sangat pegang tu..Gaye lebih..
A day before last paper..

Dah 2 minggu dah pun lepak-lepak tak buat ape-ape kat rumah..Plan tak tau la..Tak tau plan ape sampai habis cuti kot..Yang penting Cira nak KURUS!!!


p/s = Don't TRUST too much. Don't LOVE too much. Don't HOPE too much. Because that too much can hurt you so much."