About Me

My photo
This time just be me

18 April 2012

Bedtime Story (Sila baca sebelum tidur ye anak-anak)

Assalamualaikum..Okay..Tak tau nak buat ape..So nak buat story lah..Dari tadi termenung tengok laptop..Macam tak bergune je..

=======================================================================
Kisah bermula di sebuah penempatan pedalaman yang terletak di Selangor..Tinggal lah seorang gadis yang comel, putih gebu, periang , yang penting beliau sangat kurus..T,T Saya selalu berharap saya akan menjadi seperti beliau suatu hari nanti..

Nak tengok ke muka dia..Okayyy..

Cantik kan? =)

Ni la kuda belaan beliau..Namanya Bebeh!

Beliau adalah junior di suatu sekolah berhampiran pedalaman di mana beliau tinggal...Beliau menjadi rebutan  ramai jejaka di sekolah tersebut..Hari-hari beliau menerima surat cinta, bunga-bunga segar, coklat, susu kotak berperisa coklat, donat coklat, dan yang paling mengejutkan beliau pernah menerima

Cincin emas, rantai emas, berlian, zulian, jade, kunci kereta Suzuki Swift, iPad, handphone semua model dia ada kot..

Cincin yang paling cantik sekali

Tiap-tiap minggu pulak mesti ade rombongan datang meminang..Tu belum kire peminat fanatik yang menyanyi depan rumah beliau dengan membawa musician yang diimport khas dari Mexico..
Ni la yang datang rumah Xlyra hari tu..

Oh lupe nak cakap..Name perempuan cantik ni Xlyra..Cantik kan nama beliau..

Xlyra tak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki kecuali keluarga dan classmate beliau..Bagi Xlyra, classmate beliau ibarat keluarga nya..Dia terlalu menyanyangi classmate nya...


Ni la keluarga Xlyra..Tapi Xlyra tak de mase ni sebab beliau terpaksa menyertai pertandingan ratu cantik muslimah di Rusia...

Pada suatu hari, sedang beliau sibuk membaca surat-surat cinta sambil menggulung-gulung rambut nya, sambil tersengeh-sengeh sorang-sorang, tiba-tiba beliau menerima satu mesej oleh seseorang di MySpace..Selama ni pun berlambak je orang hanta komen kat MySpace..

Tapi jejaka ini sangat berbeza..Setiap patah perkataan yang beliau ucapkan sungguh menggelikan hati Xlyra..Jejaka tersebut telah membuat Xlyra tertarik untuk membalas komennya..

Akhirnya mereka bertukar-tukar nombor..Jejaka tersebut adalah senior di sekolahnya dan 3 tahun tua dari Xlyra..

Xlyra berasa begitu gembira berbual dengan Jejaka tersebut yang turut dikenali sebaga Patrick..Walaupun mereka selalu berbual bergelak ketawa sehingga terguling-guling, namun tidak pernah sedikit pun persaaan cinta lahir antara mereka berdua..

Bagi Xlyra, Patrick adalah satu-satunya abang yang sangat memahami nya..Mereka berjanji tidak akan ada rahsia antara mereka,, Patrick berjanji tidak akan ada adik selain Xlyra, Xlyra pula berjanji tidak akan ada abang selain Patrick..


Masa berlalu terlalu pantas, sudah setahun mereka bersaudara..Namun dengan kehendakNya Xlyra telah mendapat tahu yang Patrick mempunyai seorang teman wanita dan telah 2 tahun mereka bersama..

Begitu tersentapnya Xlyra pada ketika itu...Patrick selalu berkata padanya yang Patrick memang tidak mempunyai mana-mana teman wanita..Janji telah pun dimungkiri..

Xlyra mengambil keputusan untuk jujur dengan teman wanita Patrick..Hatinya begitu sakit pada ketika itu..Teman wanita Patrick seorang yang sangat cantik, sangat baik, sangat jujur..

Malahan Xlyra terus memutuskan hubungannya dengan Patrick..Callnya tidak di angkat, mesejnya tidak dibalas,..Hati Xlyra sungguh terguris pada ketika itu...Cara mereka berhubung adalah melalui teman wanita Patrick..

Xlyra keliru..Kenape kene tipu..Xlyra langsung tak kisah kalau Patrick mengaku dari dulu yang beliau memiliki teman wanita..Perlu kah mempermainkan perasaan Xlyra sebegitu sekali..

=======================================================================
5 tahun telah pun berlalu..Sakit hati yang pernah Xlyra pendam dulu sudah lama dilupakannya..Biarlah kisah tersebut menjadi kenangan dan pengajaran untuknya...Lelaki tidak akan jujur walau sejujur mana pun dia..

Kini Xlyra sudah pun menyambung pelajarannya di sebuah universiti awam di Perlis..

Patrick pula sudah pun menamatkan pelajarannya di salah sebuah Universiti swasta di Cyberjaya..Malahan beliau sudah pun berkerja di sebuah syarikat korporat..

Teman wanita Patrick pula telah pun berkahwin dengan lelaki yang bersekolah dengannya dulu di Perak..Malahan mereka telah pun memiliki 2 cahaya mata yang sangat comel..Beliau baru saja menamatkan pengajiannya di UIA dan sedang berkerja di salah sebuah syarikat..

=======================================================================

Xlyra telah pun mempunyai seorang teman lelaki yang sangat baik, kacak, bergaya, bijak..Sesuai sangat dengan beliau..Yang penting beliau sangat gagah..
Omaygosh!Omaygosh!Omaygosh!

Hari-hari teman lelaki Xlyra akan dibelasah oleh beberapa lelaki yang cemburu kerana teman lelaki Xlyra telah pun mencuri hati Xlyra...Namun teman lelaki Xlyra sangat gagah dan perkasa..Hari-hari ambulan pasti akan datang dan membawa para peminat Xlyra yang cedera parah..Belum yang dah mati kene belasah..Awww..~~Sweetnyeee

Xlyra berharap teman lelaki nya tidak akan melakukan perkara yang sama telah Patrick lakukan kepadanya..Bukan kepada Xlyra sahaja..Malah kepada sesiapa sahaja...

-THE END-
=======================================================================

K lah..Tu je lah

p/s - Akhir kata, nobody perfect..Oh and jangan menipu..

4 comments:

xdrenx said...

HAHAHAHAA.. Fairy tale gile citee. Alolo tomeytomeyyy:*

syira said...

malunye..ahak ahak ahak..tak tau nak balas ape..malu sangat..

Nur amieLa said...

kalau kite tak tao cerita sbnr,,memg kite tak phm pe mksd cerita niy...hhaaha

syira said...

=)