About Me

My photo
This time just be me

07 May 2012

Suke sukee

Assalamualaikum..Hehe

Sebelum tu aku nak ucap tahniah la kepada budak-budak yang dapat result UPU hari ni..Harap korang dapat buat pilihan yang tepat..Bukan susah nak berjaya, tapi bila dah berjaya semua senang.. ;)

K lah..Tak nak taip panjang hari ni..

Cuma tadi kan masa aku tengah online tibe-tibe adikku ketawa terbahak-bahak..Pelik gak la..Pahal budak ni..Tengok-tengok dia buat topi..Topi untuk sultan..

Maka..Aku dan adikku pun bersama-sama lah berusaha gigih bagi menyiapkan koleksi-koleksi topi..Best gak ahh buat bende pelik macam ni..

 Orang iban

 Orang Singh

Topi beday untuk bapak dan anak..Aww

p/s - Rasa sayang la pulak nak bukak duit ni.. ;)

05 May 2012

Saya nak diet!

Assalamualaikum..Okay entri ni takde kene mengene dengan tajuk okay..Saje je..Tak tau nak nuat tajuk apa..Huhuuu

K lah..So tadi Cira kata nak buat kelainan sikit..Lain mende?Sama je..Tak de ape pun..

Lek luu..Lek uu

Tak la..Cira ingat nak tukar Cira ke Aku..Baru la best sikit..Lagi pun nampak la sikit kevrutalan waaa kalau pakai aku kau sama luu sumaa..Apa macam..Nampak vrutal tak..I gangsta kampung sri aman dooo..

K lah..Aku ada cerita nak story ngan korang..Tapi bukan bedtime story la..Tapi aku ade gak terfikir nak buat bedtime story part 2 plak.Hoho..Sebab macam ramai plak mintak sambung cite tu..Ada yang kata cerita tu memang cerita aku ke?Hehe..Ada la sikit-sikit..Tapi bukan semua laa..Sikit je..Dalam bebrapa percent..Insyaallah,bila idea sudah mari aku buat okay bedtime story part 2..

Tengah malam tadi, dalam pukul 1 2 pagi cam tu la kan ada la orang call..Aku ni jenis dah mamai memang main angkat je tepon..Pastu orang tu senyap je..Aku tutup lah..

Pastu orang tu call balik..Angkat je la dari biar kan dia memekak macam tu..Suara jejaka..Selalunya memang sorang je makhluk asing kat dunia ni yang call aku tengah-tengah malam..Jejaka tu cakap cina tau..Aku ingatkan makhluk asing tu saje je main-main cakap cina ke ape..Dah tu aku cakap la..

"Amende awak ni cakap cina tetibe?"
Tapi jejaka tersebut terus bercakap cina kat aku..Disebabkan pelik, aku tengok la sapa yang call..Oh, nombor orang tu tak save dalam phone pun..Maknanya bukan makhluk asing tersebut tu yang call tapi cuma orang yang munkin slah call je..Plus makhluk asing tu kan SIBUK mana ada masaaaa..

So aku just kata wrong number je la..Then tutup..

Tapi isunye tak habis lagi, masa aku tidur aku still mimpi call mamat cina tu..Dalam mimpi tu, mamat cina tu nak kenal dengan aku..Bukan takat call, mana-mana aku pergi aku akan jumpa dia, dia stalk aku..Tapi tak ingat la muka dia kacak ke tak..Tak ingat tu tak kacak la tu..

Lepas tu muncul la manusia-manusia yang aku rindu datang selamatkan aku..Tolong aku..Mereka teman aku masa kau dalam susah sampai la aku bangun dari tidur..

-THE END-

Isunya sekarang bukan jejaka cina yang psyco tu tapi orang-orang yang aku rindu..Bukan sekali aku mimpikan mereka..Tapi banyak-banyak kali..Aku terlalu rindukan mereka..Sangat-sangat..Aku teringin sangat jumpa mereka semua aku nak peluk mereka seerat yang aku boleh..Aku tak nak lepaskan mereka lagi..Aku akan bagi tau mereka aku sangat rindukan mereka..Biar mereka ingat sampai bila-bila

Tapi aku tau, aku tak mungkin buat macam tu..Aku bukan lah macam semua orang sangka, seorang yang happy-go-lucky, cepat menangis, suka berterus-terang, manja, baik, mudah mengalah, pemaaf..Bak kata kawan sekolah aku dulu aku ni HEARTLESS..

Tak!Tu bukan aku, aku seorang yang pendendam, pemarah, cepat cemburu, cepat terguris,..Yang penting aku memiliki EGO YANG SANGAT TINGGI DAN MELAMPAU..

Aku tau aku yang ego..Aku rindukan mereka..Tapi bila mereka tanya khabar aku buat macam biasa je..Macam aku tak kisah mereka ada atau tidak..

Aku tak tau macam mana nak luahkan yang aku sangat rindukan mereka..Aku tak tau macam mana nak tanya khabar mereka...Aku tak tau..

Mungkin sampai bila-bila mereka tak tau aku rindukan mereka..Sampai aku betul-betul dah lupakan mereka..

p/s - Mungkin pretend jadi heartless lagi better kot.. =)

Ade lah ade lah

Assalamualaikum..Post lepas ni Cira nak buat kelainan sikit..

Soalan dari peminat psyco
Kelainan?Kenapa?Apa salah aku kat kau sampai kau nak buat kelainan?Kenapa?!Kenapaaaa!Aku dah terlalu cintakan blog kau dan cara kau menulis blog seperti mana aku mencintai tuannya..Tolang jangan!Aku merayu wahai Cik Cira yang manis..Jangan berubah..Jnagan!Jangan!

Hihi..Okay Cira la peminat psyco itu..Maaflah, bosan dooo duduk rumah memanjang..Kadang-kadang rasa macam psyco dengan diri sendiri pulak....Alaa..Lain sikit je..Sikit sangat..

Nanti next post korang tengok la sendiri..Wa malas ahh..Malas nak cite..Hey hey dah la astro tengah bagi chanel free..Memang mata depan tv je ah kan..

p/s - Bile bosan cari kite..Bile sibuk sikit..Bye!

04 May 2012

Cepat la grad!

Assalamualaikum..Cira tak tau la tak tau laa..Halahh!Dari minggu lepas lagi asyik fikir life Cira lepas grad..Serius doh tak sabar..

Cepat la habis sem 3,4,5..Haiiiyyy!Lagi setahun setengah lagi..Tolong la cepat!


Cira ingat lepas habis sem 5 Cira nak ambik part 6..Nak buat praktikal syarikat kat Puchong je..Nak habis kan terus diploma..Tak nak continue degre sebab Cira dah ada plan stady sendiri..Siap ada bekap plan lagi tau..Excited punya pasal..

Bila dah habis praktikal Cira nak kerje kat syarikat yang Cira buat praktikal tu...Tu pun kalau dia nak amik Cira kerja la..Kalau boleh Cira nak gaji Cira paling sikit pun RM2k..Tapi kalau dapat seribu lebih pun tak kisah sangat lah..Yang penting PENGALAMAN..

Semua tempat kerja sekarang dieorang tak kisah kita blaja tinggi macam mana pun..Yang penting pengalaman kita kerje tu..Takde pengalaman macam mana mau kerja maaa...

Cira nak pastikan tempat kerja Cira dekat dengan rumah..So tak payah la cari rumah sewa..Tak payah la kusut kepala fikir pasal rumah sewa, duit makan..Semua dah disponsor..Hehe

Duit gaji pulak Cira nak bagi kat Umi dengan Abah tiap-tiap bulan sikit..Pastu Cira nak beli baju baru, kasut baru, seluar baru, handbag baru, tudung baru tiap-tiap bulan..Hoho!Lepas tu Cira nak pergi True Fitness setiap hari sabtu, ahad and jumaat kalau free..Lepas tu Cira nak beli kereta yang comel-comel je..Macam MyVi kee,..

Bila dah setahun lebih kerja..Mungkin dalam umur 23 atau 24 cam tu Cira nak kahwin tau..Kalau ekonomi stabil masa tu and future husband Cira punya gaji macam mampu sara kita dua so Cira akan berhenti kerja..

And Cira nak sambung stady, Cira nak mintak course pendidikan part time..Nak jadi cikgu sekolah menengah ajar IT..Tapi Cira tau, zaman sekarang ni budak 10A pun mintak jadi cikgu so Cira kalau tak dapat jadi cikgu Cira dah ada bekap plan okay..

Kala tak dapat Cira akan sambung stady dalam course matematik..Rasanya boleh kot sebab masa diploma memang tiap-tiap sem blaja matematik...Tapi kalau tak dapat Cira buat jugak sampai dapat..Tak pedulik!Ni pun Cira ambik stady part time je la..Stady kat rumah..Lagi senang..

Bila Cira dah grad dengan sijil matematik tu Cira nak jadi cikgu tuition macam Sir David (Cikgu tuition add math masa Cira form5 dulu)..Cira nak ajar subjek math dengan add math..Kalau jadi cikgu tuition takde la sibuk sangat kan..Lagi pun tak ramai orang sanggup ajar add math..

Cira nak pastikan student Cira betul-betul faham Cira ajar..Biar lah tekak Cira sakit menjerit, biarlah kening Cira berkedut sebab suka marah-marah..Asalkan dieorang faham..Aku tak kan manjakan dieorang dengan senyuman, bodekan dan gurauan manja..Ceh!

Sesape yang slow tu Cira nak ajar dia personal...Rasanya takde hal kot..Cira kan ajar tuition full time..

Bila dah jadi cekgu sekolah atau cikgu tuition tu baru la Cira fikir pasal anak..Lahir-lahir terus ajar kan dia math..Tak dapat jawan tak dapat susu..Sambil gelak jahat kat anak Cira..Muahaha!!Yang penting Cira takkan mewah kan dia..Biar dia blaja berdikari..Biar dia tau mak bapak dia bukan cop duit..Ceceh..

K lah dah puas pun cerita pasal future plan Cira...Best kot bila dah grad..

CEPAT LAH GRAD!!


Waawawaaaa

Assalamualaikum..Finally dapat pun update blog..Taip pun dah kekok sikit dah..Baru seminggu tak pegang laptop nie..

Mata Cira dah ok sikit dah hari ni..Dah boleh nampak sikit la tulisan kat loptop walaupun still kabur sikit..Tapi still makin hari makin jelas..Mungkin 2 3 bulan nanti Cira dah tak payah pakai spek..Sape tahu..Ceceh!

So hari jumaat hari tu Cira kena operate mata..Bukan operate pun sebenarnye..Dia just macam treatmen je..Tapo still kene masuk bilik operation la..

Lepas buat treatment tu peehh!Bapak pedih gila mata..Memang kene balut..Sampai isnin berbalut..Mula-mula hari ahad tu doktor dah bukak..Pastu air mata mencurah-curah mengalir..Terus kene balut balik..

Memang  tension gile la masa tu..Nak nangis tak boleh..Mata pedih..Selamat sekarang dia okay dah..Walaupun kabur, dah tak pedih pun dah alhamdulillah dah..

Ubat plak..Peh!Selalu dapat ubat satu plastik paling banyak..Ni first time dapat ubat sampai satu bekas penuh dengan ubat spare 1 plastik lagi..Ye la..Ubat telan yang wajib makan dah 4 jenis, ubat telan yang makan bila perlu dah 3 paket, ubat titik mata ada 5 jenis..Banyak kaan..

Balik Perlis nanti memang usung ubat je la pergi kelas..


Cira dah merasa la jadi orang buta 3 hari..Memang seksa gila..Rasa macam tak tau nak buat apa dah..Tensioan gila kot..

Oh pasal result plak..Sem ni dengar cite ramai kawan-kawan yang menurun..Yalah..Subjek yang susah dieorang pergi buat 4 kredit hour..Economy dengan Computer Organization..Susah kot...Benda baca..Serius tak minat..

Tapi tak pe..Tak repeat pun dah alhamdulillah..Oh result pun meningkat la sikit dari sem lepas..alaa..Naik 0.16 je pun..

Insyaallah sem depan kita semua 1 kelas group F stady sama-sama k..Sem 2 kita sume macam dah berenggang sikit kot..Jeles Cira tengok kelas lain semua rapat je macam satu family..Macam kita part 1 dulu..

K la..Bye

p/s - Excited nak taip macam-macam dalam blog..Muahaaa!