About Me

My photo
This time just be me

27 May 2012

Apa yang Syok/Tak Syok UITM Arau ,Perlis


Assalamualaikum..Nak start dari yang tak syok dulu lah.. =D
TAK SYOK LANGSUNG
1.    1Semuanya jauh.
Memandangkan UiTM Perlis ni agak la besar so nak pergi kelas kee,balik kolej kee memang jauh gila..Macam aku selalunya kalau kelas 8pagi sampai 6petang dengan gap sejam dua je..Baik lepak kat masjid lah..Boleh baring-baring, buat revision, berangan ke..
Nampak tak wajah kepenatan di situ

Our next checkpoint,masjid(PI)!

2.    Agak nothing
Ye aku faham..Selalunya budak-budak yang tak biasa duduk Perlis ni escpecially budak-budak KEYYELL dengan SELANGOQ mereka ni agak kuat merungut pasal

“Ewww..Bosannyeerr~!Kenape Perlis punya shopping mall sikit gilerrr!Dah la sikit, kedai macam kampung gilerr durr!HELLO!I nak beli handbag Gucci yang I tengok kat internet semalam kot..Macam mana I nak beli nieee~!Dah la dress kat Padini cantik giler kowt..RM300 JE PUN!Movie twilight dah la nak keluar this November,mana I nak tengok niee!Wayang pun takde..Dah la Starbuck takde..I ni, kalau nak stady kan memang I kene minum coffee starbuck kowtt..Puless lahh~!Mcd tak de plak tu..Daaaa~~!”

Alaaa..Macam la aku tak tau..Kot-kot duduk Selangor/KL baru sekali pergi Starbuck kecoh kalah anak Datuk…Aku pun selangor jugak..Plus majority batch aku Selangor..Serious annoying~!Alaaa..tak mati pun tak tengok wayang, tak shopping (kot-kot window shopping je pun), tak makan mcd,starbuck,TGIF,sume-sume la..

So kita kena ingat niat nak datang Perlis tu nak stady kan?So, ni sebenarnya perkara syok la kat Perlis sebab korang takkan ada gangguan dari segi entertainment..Duit pun boleh save, nanti balik KL/Selangor boleh la shopping puas-puas kan?Lagi best! =D



Kalau ada kawan semuanya best tau..

See..Sape kata tak best

3. 1.    Perempuan je boleh baca
Aku taip perempuan je boleh baca lagi berpusu-pusu lelaki nak baca..Faham sangat..Aku nak bagi tau la berita tak syok sikit,kalau korang dah ada pasang niat nak cari bakal suami yang muka ala-ala artis kan berhenti berharap je laa..Sebab bagi aku nisbah lelaki kacak dengan lelaki tak kacak dalam 30:70 kot..

Tapi jangan risau khabar angin yang mengatakan pelajar U lelaki sikit tu tak berapa nak betul sebab aku rasa macam agak seimbang la..Kalau lelaki tu nak pasang dua still boleh kot TT.TT

Tapi mungkin budak part 1 ni ada yang kacak-kacak..Tiada siapa yang tau..Aww~~! =)

Classmate saya yang cantik-cantik dan kacak-kacak

4.  Takde bas
Kalau korang nak pergi mana-mana satu-satunya pengangkutan awam kat Perlis teksi..Harga plak tengok jarak and kejujuran pak cik tu la..Kalau dapat yang baik dia bagi harga yang berpatutan,dapat yang cekik darah nasib ahh..Tapi ada jugak bas UiTM..Tak payah bayar,tapi time tak sharp lah…So kalau nak rushing plus tak suka tunggu tak payah naik bas..

SYOKNYA UiTM PERLIS!
1.    Banyak kedai makan =)
Semenjak aku masuk UiTM Perlis ni berat aku naik bukan 1 2 kg tetapi dalam 5 6 kg doh naik..Ye la kedai makan ada dalam 9 10 ok..Kalau korang bosan makan kat situ korang boleh makan kat sini..Makanan sedap-sedap pulak tu!Dah la sedap!Murah!Tension aku..

Kalau ada karnival ke, bulan puasa ke mesti ada pasar malam kat UiTM tu..So,tak yah la pergi keluar..

Kalau korang rindu nak pergi pasar malam ada je dekat pasaraya C-MART(satu hari nanti korang akan terlebih kenal apa itu C-mart jangan risau)..Tapi pasar malam ada hari jumaat je..Best woo pasar malam tu..Ceh,padahal kalau pergi round nak 10 kali tak tau nak beli apa..Yang bestnye dalam 3 minggu sekali ada pakcik ni dia jual RABBIT..Comel!Gebu-gebu je..So, aku akan berlari ke tempat pakcik tu dan picit-picit anak rabbit tu semua..GERAM BENDA-BENDA COMEL NI..ehh.tetibe huruf besar.

2.  PALAPES
Kepada yang teringin nak jadi askar tu boleh la masuk PALAPES..Bukan semua UiTM ada PALAPES tau..Ayah aku dulu suruh gak aku masuk..Tapi mengenangkan dapat PLKN pun aku nangis-nangis tak nak pergi aku cakap kat ayah aku lupakan je la angan-angan abah tu..Tiap-tiap bulan dapat elaun tuu..Tapi korang kene la kuat,gagah perkasa, berjiwa kental dan berbadan kental juga..Tapi majority masuk PALAPES badan kecik-kecik je aku tengok..Oh, kalau korang betul-betul nak masuk korang kena tau ni..

Dia ni bakal senior korang tau..Dia kejam, mental, terencat kadang-kadang..Dia dah buat satu buku..Dalam buku tu dia tulis macam-macam cara dia nak buli junior dia..So stay away from him..Tapi dia kacak kan? XD

So berhati-hati la dengan dia sebab dia dah ada niat yang sangat jahat untuk junior-junior dia..Escpecially junior perempuan dia..Dia jugak suka makan,.So kalau tangan korang berdarah ke apa..Elakkan dari mendekati dia sebab kalau dia bau darah..Hmm..

3.   Kemudahan kolej
Kolej ni sebenarnya asrama..Tapi di UiTM kiteorang panggil kolej tau..UiTM mana pun semua ada kolejnya..

Kolej pelajar lelaki
Cengal 1 sampai 6..Kalau budak-budak sem 1 ni selalunya masuk cengal 5 6 kot..Rasanya laa..Cengal 3 untuk PALAPES dengan Komander..Yang lain tak tau la..Yang aku tau, budak dahlia memang kene lalu cengal kalau nak pergi mana-mana..
Kolej pelajar perempuan
Dahlia 1 dan 2..Budak sem 1 semuanya memang akan ke Dahlia 2..Kalau budak sem 1 ramai sangat korang akan disumbat kan ke Dahlia 1 di mana kebanyakkan senior tinggal situ..HOHO!Aku ni pun dulu dahlia 2 gak..Bilik no 3045(sem 1) dan 3075(sem2)..Tu bilik dulu..Tapi rasanya aku dapat Dahlia 1 kot sem 3 ni..Insyaallah..

Kesinai..Rasanya kesinai ada 4 kot..Kat situ senior, PALAPES dan komander punya tempat tinggal…So,agak tidak familiar..

Beringin..Kolej idaman kebanyakkan mahasiswi sebab kolej ni macam rumah teres satu tingkat..Tak macam Dahlia dan Kesinai yang macam rumah flat tu..Ada 3 bilik rasanya..Dekat dengan kelas,masjid,kedai makan,taman,pintu pagar..Nak bawak kereta,motor pun boleh,..Cuma yang tak best dia jauh dari Dahlia dan Kesinai..So, tak leh lepak ngan member sangat..Beringin ni rasanya yang duduk situ dipilih secara random kot..Yang penting kena pandai laa..Tiap-tiap sem akan ada course yang jadi majority penduduk beringin..Masa aku part 1 dulu course sains sukan, part 2 plak course akaun..Sem 3 ni tak tau la course mana plak majoritinya..

Tapi jangan risau la..Ini U bukan asrama sekolah..So kes senior buli junior memang tidak akan ada..Kalau kena buli pun masa MDS je..Tu pun sikit je senior..Plus kene buli mental sikit la..Plus sem lepas pun roommate aku sorang senior..Kak ina, memang baik gila okay..Oh lagi satu, korang nak tutup lampu pukul berapa suka hati korang la..Korang nak merayau-rayau kawasan kolej sampai esok pagi pun tak pe..

Ada gak yang annoying macam apa memekik la,bukak lagu kuat-kuat la..Memang la orang tak marah..Tapi kene faham sendiri la..Dah kene marah kang kecik hati, so elakkan..
======================================== 

Haiyy..Banyak sangat la pulak aku taip..Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita pasal UiTM Perlis ni..Lecturernyaa, bangunan-bangunan kat UiTM Perlis yang agak confius ni, rules yang kena ikut tak ikut kena denda la jawabnya..Banyaklah

Btw, kepada yang dapat Computer Science ni senior korang ah and maybe aku akan berjumpa dengan korang dalam kelas discrete mathematics..Kenapa?Saja rindu nak masuk part 1 balik xp

p/s – main copy paste kat microsoft word..Konon nak terus publish la kat situ..Tengok-tengok tak reti plak..Copy paste je la








23 May 2012

Welcome to UiTM Arau,Perlis

Assalamualaikum..Dengar cite minggu depan budak part 1 dah masuk UiTM...Kalau UiTM la pilihan anda tahniah tahniah..

Ni aku nak cite sikit..Mula-mula aku dapat tawaran masuk Matrik Selangor dalam course Sains tau..Kiranya semua subjek sains laa..Cuma tolak bio rasanya..Tapi ada Computer Science..

Mula-mula memang hepi la..Ingatkan budak-budak pandai je dapat..Masa tu rasa macam THE CHOOSEN ONE la kan..Siap mesej cikgu kimia sume..Sebab cikgu kimia salu pesan nak masuk matrik kene skor add math ngan kimia..Excited kot masa tu..

Then tengok-tengok kawan yang result lagi teruk dari aku pun dapat matrik..Pastu dorang kata tak score susah nak masuk degree la..Plus aku benci sains..So macam no point je aku masuk bende yang tak minat kan..Tanpa langsung rasa teragak-agak aku tolak je terus tawaran matrik tu..

Pastu masa aku dapat tahu yang aku dapat masuk Diploma Komputer Sains peeeh gembira gila kot..Memang bersyukur sangat-sangat..Sebab first choice aku bukan komputer sains tapi public admin..Ayah ku mendesak masuk public admin..Katanya senang dapat kerja plus dekat UiTM Melaka..Dekat sikit la dari rumah..

Dah la aku ni tak suka membaca..Bio pun dapat C...Nak masuk public admin..Memang tak nak ahh..Komputer sains ni banyak mengira..Plus memang nak masuk komputer sains since form4 lagi..Sekali dapat kan =)

Second choice baru la Computer Science kat UiTM..Last choice plak Computer Science kat UTM dengan harapan dapat stady kat Selangor dekat dengan rumah..Anak sulung kaan..Manja sikit la ngan mak ayah tuuu =D

Esok nya result nak tau kita dapat UiTM negeri mana la kan..Memang dah target paling jauh pun Melaka laa..Dekat dengan rumah atok sikit kat Seremban..Kalau dapat Perak pun memang tak nak pergi dah masa tu..

Masa tu still kerja kat Pizza Hut..Masa sibuk kerja tu abah call..Abah kata dapat UiTM Arau,Perlis..Ingat kan abah main-main sebab abah ni memang suka bergurau tak bertempat..So buat bodoh je la..Dengan harapan yang tinggi dapat kat Melaka paling jauh..

Sekali umi plak call..Kalau umi yang cakap so memang betul la kan..Memang peeehh nangis gile-gile laa..Sampai kene marah ngan manager Pizza Hut, dapan customer pun mata berair-air, sampai lari nangis-nangis atas pentas..SERIOUS TAK NAK PERGI!

Seumur hidup aku pernah pergi Perlis sekali je kot..Tu pun masa darjah 5..Tu pun singgah je sebab nak pergi Langkawi..

Tapi bila fikir masa depan tu..Aku pun ikut je la..Rela kan je la..Tapi aku memang tak terfikir yang aku dapat hidup lama la kat sana..Aku target lepas seminggu dua terus stop stady dah..

Memang tak rela kot..Ada gak ahh baca blog senior-senior ann..Sume kata best, happily ever after la whatever sume..Aku fikir ..

"Alaa,dorang ni dah biasa duduk asrama..Dah biasa hidup jauh ngan mak ayah..Boleh la cite..Aku ni nak keluar rumah pun susah..Mak takut kene culik la apa..Tak kan la aku boleh survive 2 tahun setengah kat perlis tu..Tak logik kot"

So hari yang dinanti-nanti kan pun tiba..Hari ke UiTM la kan..Sebelum tu kiteorang tidur kat Alor Star dulu..So esok pagi dapat la sampai awal sikit kat UiTM..Dapat duduk bilik bawah-bawah..

Sekali tengok dorang penuhkan tingkat atas sekali..Macam hapaa laah..Memang aku dapat tingkat 3 la..Selamat bukan tingkat 4..Tingkat 3 pun dah cungap-cungap..

Masuk-masuk bilik..Peehh bapak kecik bilik..Memang menambah kan keinginan aku untuk berambus cepat-cepat la kan dari UiTM tu..Dah la bilik kecik, dapat katil tingkat atas, meje tengah-tengah takde lampu, almari dapat yang 1 pintu..Roomate plak dapat almari dua pintu..

Berkenalan ngan roomate kejap..Sorang Nur, amek course sains geomatik..Sorang pulak Aqilah amek course computer science..Peh sama plak course an..

Kira mereka berdua ni kawan pertama la kat UiTM ni kan..

Lepas tu pergi hotel kejap..Nak rehat kan kepala yang sangat la tension masa tuuu..Masa dalam kereta tu memang merungut-rungut menjerit-jerit ahh dalam kete..Tension kot..

Ehh..Asal bahagia je muka..

Memang rasa nak balik je masa tu..Akak OC kata berkumpul pukul 4 petang masa tu..Aku plak, semua dah nak pergi dewan baru la aku beratur..Peehh,sedih doo..Mak aku dah nanges-nanges dah..Aku pun pandang tempat lain mengalir-ngalir plak air mata an..

Muka akak OC da la garang-garang sume..Aku ingat memang 1 sem dorang jadi singa cam tu..Padahal seminggu je pun..Haha!Bodoh gila pemikiran aku masa tuu..HAHA!

Masa MDS tu aku memang pendiam habis la..Memang tak cakap langsung ngan orang..Pergi mana-mana nagis je..Memang tak de kawan langsung pun masa tu..

Tapi ada gak ahh borak-borak ngan orang sebelah kadang-kadang..Sume lebih kurang aku je..Tak biasa duduk asrama..Ada yang lagi teruk pergi kem pun tak pernah..

So nak cite pasal MDS memang kalau print 7 6 muka surat tak habis..Takpe next time aku cite la benda-benda syok and tak syok kat Perlis..Panjang sangat dah story aku..Aku pun tak sanggup baca..

p/s - tak salah merantau negeri orang semata-mata nak menimba ilmu..Lagi jauh kita pergi lagi banyak pengalaman kita dapat tau..Lagi matang la kita..Aku macam tak matang-matang je =P

KFC ada offer!

Assalamualaikum..Nak bagi tau ni yang KFC ada buat offer..Wee~!

First time doo dapat yang KFC punye..Salu McD je..Walaupun tak dapat buy one free one macam McD tapi dapat off 50% pun berbaloi la tuu..

So, print je kupon ni..Pas tu bagi kat akak/abang KFC tu..Tak kisah pun print ada warna ke takde..Lek aahh aku dah biasa buat =p (tapi kat McD lah)


Kupon ni valid before 16 Jun je okaay..


Ohh..Untuk KFC kat Semenanjung Malaysia je la..Sabah bah sama itu Sarawak sik tidak bisa yaa~!

p/s - Walaupun duduk Arau tiap-tiap minggu makan KFC..Merungut cakap muak la apa..Sedih sebab Perlis takde McD la apa..Tapi makan jugak..Plus, balik Puchong pun kempunan makan KFC..Tengok McD buat muka muak je..

21 May 2012

addicted

Somebody That I Used To Know - Gotye ft Kimbra


Adik aku suka gila bukak lagu ni..Dulu aku kata lagu ni tak best langsung..Tah pape..Gotye tu tak hensem langsung pun..Video klip tak senonoh gila..Macam lagu lapuk..And what so ever kutukan yang diberi..

Tapi kini aku gila addict dengan lagu ni..Haaayyy,dah 10 kali aku ulang lagu ni..Sudah laa..Sudah laaa..

Sampai termimpi pulak lagu ni hari tu..Sudah laa..!!

p/s - ini lah nama nya karma.. Muahahaaa!

20 May 2012

Apa kenapa

Apa yang berlaku semalam sebenarnya?

Aku tak faham lah,serious..

Ahh..Blur aku cam ni..

Dah lah..

Bye!

p/s - Awkward =.="