About Me

My photo
This time just be me

27 May 2012

Apa yang Syok/Tak Syok UITM Arau ,Perlis


Assalamualaikum..Nak start dari yang tak syok dulu lah.. =D
TAK SYOK LANGSUNG
1.    1Semuanya jauh.
Memandangkan UiTM Perlis ni agak la besar so nak pergi kelas kee,balik kolej kee memang jauh gila..Macam aku selalunya kalau kelas 8pagi sampai 6petang dengan gap sejam dua je..Baik lepak kat masjid lah..Boleh baring-baring, buat revision, berangan ke..
Nampak tak wajah kepenatan di situ

Our next checkpoint,masjid(PI)!

2.    Agak nothing
Ye aku faham..Selalunya budak-budak yang tak biasa duduk Perlis ni escpecially budak-budak KEYYELL dengan SELANGOQ mereka ni agak kuat merungut pasal

“Ewww..Bosannyeerr~!Kenape Perlis punya shopping mall sikit gilerrr!Dah la sikit, kedai macam kampung gilerr durr!HELLO!I nak beli handbag Gucci yang I tengok kat internet semalam kot..Macam mana I nak beli nieee~!Dah la dress kat Padini cantik giler kowt..RM300 JE PUN!Movie twilight dah la nak keluar this November,mana I nak tengok niee!Wayang pun takde..Dah la Starbuck takde..I ni, kalau nak stady kan memang I kene minum coffee starbuck kowtt..Puless lahh~!Mcd tak de plak tu..Daaaa~~!”

Alaaa..Macam la aku tak tau..Kot-kot duduk Selangor/KL baru sekali pergi Starbuck kecoh kalah anak Datuk…Aku pun selangor jugak..Plus majority batch aku Selangor..Serious annoying~!Alaaa..tak mati pun tak tengok wayang, tak shopping (kot-kot window shopping je pun), tak makan mcd,starbuck,TGIF,sume-sume la..

So kita kena ingat niat nak datang Perlis tu nak stady kan?So, ni sebenarnya perkara syok la kat Perlis sebab korang takkan ada gangguan dari segi entertainment..Duit pun boleh save, nanti balik KL/Selangor boleh la shopping puas-puas kan?Lagi best! =D



Kalau ada kawan semuanya best tau..

See..Sape kata tak best

3. 1.    Perempuan je boleh baca
Aku taip perempuan je boleh baca lagi berpusu-pusu lelaki nak baca..Faham sangat..Aku nak bagi tau la berita tak syok sikit,kalau korang dah ada pasang niat nak cari bakal suami yang muka ala-ala artis kan berhenti berharap je laa..Sebab bagi aku nisbah lelaki kacak dengan lelaki tak kacak dalam 30:70 kot..

Tapi jangan risau khabar angin yang mengatakan pelajar U lelaki sikit tu tak berapa nak betul sebab aku rasa macam agak seimbang la..Kalau lelaki tu nak pasang dua still boleh kot TT.TT

Tapi mungkin budak part 1 ni ada yang kacak-kacak..Tiada siapa yang tau..Aww~~! =)

Classmate saya yang cantik-cantik dan kacak-kacak

4.  Takde bas
Kalau korang nak pergi mana-mana satu-satunya pengangkutan awam kat Perlis teksi..Harga plak tengok jarak and kejujuran pak cik tu la..Kalau dapat yang baik dia bagi harga yang berpatutan,dapat yang cekik darah nasib ahh..Tapi ada jugak bas UiTM..Tak payah bayar,tapi time tak sharp lah…So kalau nak rushing plus tak suka tunggu tak payah naik bas..

SYOKNYA UiTM PERLIS!
1.    Banyak kedai makan =)
Semenjak aku masuk UiTM Perlis ni berat aku naik bukan 1 2 kg tetapi dalam 5 6 kg doh naik..Ye la kedai makan ada dalam 9 10 ok..Kalau korang bosan makan kat situ korang boleh makan kat sini..Makanan sedap-sedap pulak tu!Dah la sedap!Murah!Tension aku..

Kalau ada karnival ke, bulan puasa ke mesti ada pasar malam kat UiTM tu..So,tak yah la pergi keluar..

Kalau korang rindu nak pergi pasar malam ada je dekat pasaraya C-MART(satu hari nanti korang akan terlebih kenal apa itu C-mart jangan risau)..Tapi pasar malam ada hari jumaat je..Best woo pasar malam tu..Ceh,padahal kalau pergi round nak 10 kali tak tau nak beli apa..Yang bestnye dalam 3 minggu sekali ada pakcik ni dia jual RABBIT..Comel!Gebu-gebu je..So, aku akan berlari ke tempat pakcik tu dan picit-picit anak rabbit tu semua..GERAM BENDA-BENDA COMEL NI..ehh.tetibe huruf besar.

2.  PALAPES
Kepada yang teringin nak jadi askar tu boleh la masuk PALAPES..Bukan semua UiTM ada PALAPES tau..Ayah aku dulu suruh gak aku masuk..Tapi mengenangkan dapat PLKN pun aku nangis-nangis tak nak pergi aku cakap kat ayah aku lupakan je la angan-angan abah tu..Tiap-tiap bulan dapat elaun tuu..Tapi korang kene la kuat,gagah perkasa, berjiwa kental dan berbadan kental juga..Tapi majority masuk PALAPES badan kecik-kecik je aku tengok..Oh, kalau korang betul-betul nak masuk korang kena tau ni..

Dia ni bakal senior korang tau..Dia kejam, mental, terencat kadang-kadang..Dia dah buat satu buku..Dalam buku tu dia tulis macam-macam cara dia nak buli junior dia..So stay away from him..Tapi dia kacak kan? XD

So berhati-hati la dengan dia sebab dia dah ada niat yang sangat jahat untuk junior-junior dia..Escpecially junior perempuan dia..Dia jugak suka makan,.So kalau tangan korang berdarah ke apa..Elakkan dari mendekati dia sebab kalau dia bau darah..Hmm..

3.   Kemudahan kolej
Kolej ni sebenarnya asrama..Tapi di UiTM kiteorang panggil kolej tau..UiTM mana pun semua ada kolejnya..

Kolej pelajar lelaki
Cengal 1 sampai 6..Kalau budak-budak sem 1 ni selalunya masuk cengal 5 6 kot..Rasanya laa..Cengal 3 untuk PALAPES dengan Komander..Yang lain tak tau la..Yang aku tau, budak dahlia memang kene lalu cengal kalau nak pergi mana-mana..
Kolej pelajar perempuan
Dahlia 1 dan 2..Budak sem 1 semuanya memang akan ke Dahlia 2..Kalau budak sem 1 ramai sangat korang akan disumbat kan ke Dahlia 1 di mana kebanyakkan senior tinggal situ..HOHO!Aku ni pun dulu dahlia 2 gak..Bilik no 3045(sem 1) dan 3075(sem2)..Tu bilik dulu..Tapi rasanya aku dapat Dahlia 1 kot sem 3 ni..Insyaallah..

Kesinai..Rasanya kesinai ada 4 kot..Kat situ senior, PALAPES dan komander punya tempat tinggal…So,agak tidak familiar..

Beringin..Kolej idaman kebanyakkan mahasiswi sebab kolej ni macam rumah teres satu tingkat..Tak macam Dahlia dan Kesinai yang macam rumah flat tu..Ada 3 bilik rasanya..Dekat dengan kelas,masjid,kedai makan,taman,pintu pagar..Nak bawak kereta,motor pun boleh,..Cuma yang tak best dia jauh dari Dahlia dan Kesinai..So, tak leh lepak ngan member sangat..Beringin ni rasanya yang duduk situ dipilih secara random kot..Yang penting kena pandai laa..Tiap-tiap sem akan ada course yang jadi majority penduduk beringin..Masa aku part 1 dulu course sains sukan, part 2 plak course akaun..Sem 3 ni tak tau la course mana plak majoritinya..

Tapi jangan risau la..Ini U bukan asrama sekolah..So kes senior buli junior memang tidak akan ada..Kalau kena buli pun masa MDS je..Tu pun sikit je senior..Plus kene buli mental sikit la..Plus sem lepas pun roommate aku sorang senior..Kak ina, memang baik gila okay..Oh lagi satu, korang nak tutup lampu pukul berapa suka hati korang la..Korang nak merayau-rayau kawasan kolej sampai esok pagi pun tak pe..

Ada gak yang annoying macam apa memekik la,bukak lagu kuat-kuat la..Memang la orang tak marah..Tapi kene faham sendiri la..Dah kene marah kang kecik hati, so elakkan..
======================================== 

Haiyy..Banyak sangat la pulak aku taip..Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita pasal UiTM Perlis ni..Lecturernyaa, bangunan-bangunan kat UiTM Perlis yang agak confius ni, rules yang kena ikut tak ikut kena denda la jawabnya..Banyaklah

Btw, kepada yang dapat Computer Science ni senior korang ah and maybe aku akan berjumpa dengan korang dalam kelas discrete mathematics..Kenapa?Saja rindu nak masuk part 1 balik xp

p/s – main copy paste kat microsoft word..Konon nak terus publish la kat situ..Tengok-tengok tak reti plak..Copy paste je la








8 comments:

PaieJah said...

Alaa... tiutnye post dia.. suka2.. cuma certain gambar aku TAKSUKA.. u know why... I'm heartless now.. keh3...

syira said...

heartless konon..sudah la..aku sudah bosan dengan kata2 manis mu itu

Unknown said...

"Ada gak yang annoying macam apa memekik la,bukak lagu kuat-kuat la..Memang la orang tak marah..Tapi kene faham sendiri la..Dah kene marah kang kecik hati, so elakkan.."
aku terasa =.='

syira said...

ehh..terlupa plak perisitiwa part 1 dulu..tapi best kot main balas surat ..=p

PaieJah said...

Lepas ni kita poslaju pulak.. takyah pos surat dah.. hahahah.. pos batu pulak ke? hahahaha.. cakap pasal batu.. teringat aqilah.. bengong betol.. hahahah../

syira said...

apa tiba2 keluar topik post ni?haii..blur aku

Unknown said...

oh, aku ada info lebih untuk next entri kau ;
kebanyakan uitm lain tak ada kedai2 dalam uitm dorang.eg : kedai topup, bayar bb, dll.

syira said...

eh haah laa..aku lupa nak bg tau pasal tuu