About Me

My photo
This time just be me

08 May 2012

Vokal

Assalamualaikum..

Waaww indah sungguh pagi hari ini..Terasa seperti berada di taman bunga yang sedang mekar bunga-bunga..Ditambah dengan dayang-dayang dan gundik-gundik di taman bunga..Malahan burung-burung, kunang-kunang dan rama-rama sedang asyik berkicauan kesana-kemari..Waaww indahnya..Bersama dengan minuman teh ais bersama lemon di tepi cawanku makanan pula nasi lemak kegemaran dengan sambal yang sungguh banyak..Lazatnya..Ditambah pula pencuci mulut popia pisang yang disaluti coklat..Hmm..Lazatnya masakan gundik ku hari ini..Bertambah sayang aku kepadanya..(Bapak geli)

Setelah makan, aku cuba melayari internet kerana aku merindui kekasih lama ku..Aku meninggalkan dia kerana aku tidak bisa bercinta dengan penyanyi..Aku terlalu cemburu dengan orang ramai yang sering memuji kelunakan suara nya dan kekacakan wajahnya..Tapi itu dulu..Kini aku sudah punya yang baru..Tapi tiba-tiba aku rindu yang lama..Sukati I laaa..Siapakah dia?


Abang Nick Jonas I laaa...Hehe..Tapi itu dulu..Nampaknya kini dia sudah jatuh hati dengan si Marilyn dalam cerita bersiri Smash..Cis!Bedebah kau..!

Itu bukan isunya..Isunya sekarang apa kejadahnya kucing-kucing kat belakang rumah aku ni buat kelas vokal?

Suara kalau pelahan tak pa..Ni, masyaallah..

Kepada ketua kaum kucing kawasan Puchong Prima..Datuk Meon bersama isterinya Datin Sameah bolah tak korang suruh anak buah korang senyap sikit..Ni kawasan perumahan,.

Tak habis dengan isu monyet suka intai bilik orang, dengan anjing-anjing psyco yang suka kejar orang..Sekarang nak buat kelas vokal untuk kaum kucing pulak..

Ni la antara gambar yang sempat aku ambik masa mereka sibuk belajar vokal..Tekun gila kot diaorang belajar sampai aku datang pun tak sedar..Aku harap Datuk dapat ambik tindakan yang sepatutnya la ye kepada suspek ni bagi pengajaran kepada yang lain..



Tak faham..Tak faham..

Aku harap lepas ni tak de la ye isu-isu macam ni lagi di kawasan rumah aku ye..

p/s - Rindu Nick Jonas.. T.T Nangis.. Bila la dapat bersama macam dulu-dulu..Tapi itu tidak mungkin terjadi T.T Menangis lagi..I kan dah ada abang Taylor Lautner..Wehehehe..

No comments: